Saturday, February 3, 2018

MANDI WAP TRADISIONAL MELAYU




Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap.

Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

Kini mandi wap lebih kepada konsep moden iaitu set sauna yang lebih senang di gunakan

No comments:

Post a Comment