Friday, February 2, 2018

PENGALAMAN JATUH CINTA DENGAN SET SAUNA

PENGALAMAN JATUH CINTA DENGAN SET SAUNA DIRUMAH DAN AKHIR NYA AKTIF MENJADI PENIAGA SAUNA SECARA ONLINE SAHAJA.

Assalamualaikum w.b.t

Saya perkenalkan diri dahulu .Nama saya Puan Hamidah Husin .Seorang surirumah tangga sepenuh masa setelah mengambil keputusan berhenti kerja pada tahun 1998.

Berikutan kejutan budaya dari wanita bekerja menjadi surirumah tangga sepenuh masa menyebabkan kenaikan berat badan terjadi.
Peringkat awal tidak ambil kisah sehingga baju dari saiz M  terpaksa bertukar menjadi 
Saiz L.

Sudah pasti ketinggian yang bukan ala  ala ala supermodel memiliki badan saiz  L amat menyakitkan mata bila melihat di cermin.

Ambil keputusan  nekad untuk menguruskan badan dengan  budaya hidup sihat.
Mulakan kan aktiviti harian dengan melakukan senaman berjogging setiap pagi selepas menghantar anak ke sekolah . Jaga pemakanan dan bersenam memang memberi kesan luar biasa . Tanpa sebarang produk diet  .

Akhir nya saya berjaya turun 10kg  dan boleh  menyarungkan semula baju  bersaiz M.
Syukur Alhamdulillah .

Tapi setelah mendapat  saiz idaman iaitu saiz M  mula di landa masalah untuk mengekalkan saiz dan berat badan.

Akibat kekangan masa yang semakin sibuk  uruskan anak anak menyebabkan untuk fokus   jogging semakin kurang.

Perkara yang paling saya takut muncul adalah akan naik berat badan semula dan terpaksa memakai saiz L yang sangat sangat hodoh jika mata sendiri melihat di cermin.

Akhir nya membuat keputusan mencari alternatif  untuk membantu mengekalkan berat badan supaya tidak kembali ke saiz L.

Hasil  pencarian di  internet serta  membaca keistimewaan  produk tersebut akhir nya pada bulan Januari  2013 nekad membeli set sauna. 
Membeli  secara online di sebuah   syarikat bumiputera Nazcon Sauna antara yang aktif menjual di internet.  

Bermula sebagai pengguna sehingga benar benar berpuas hati kerana berat badan tidak naik mendadak setelah mengurangkan aktiviti  berjogging setiap hari seperti ketika dalam proses menurunkan berat badan.

Penggunaan sauna dirumah berjaya mengekalkan saiz M sehingga kini walapun  ada ketika makan berlebihan .

Di samping itu saya juga amalkan sesekali senaman ringkas seperti  berjalan  pantas serta senaman ringkas  di youtube sahaja sebagai panduan.

Bila rasa yakin set sauna dirumah sangat membantu maka tercipta idea untuk membantu insan insan lain yang  ramai hadapi berat badan turun naik seperti yo yo.
Akhir nya saya terus mendaftar sebagai AGEN sah  untuk melayakkan diri menjual  set sauna secara online sahaja.

Teknik saya sekadar berkongsi manafaat menggunakan sauna .Hasrat membantu insan insan yang menghadapi masalah berat badan ,masalah nak kekalkan berat badan ,masalah badan naik mencanak canak selepas bersalin.

Begitulah  kisah nya bagaimana sebagai pengguna biasa sahaja  terus aktif menjual set sauna dirumah sehingga kini.


Tagline saya adalah JADILAH PENGGUNA BIJAK ..Guna dan kongsikan manafaat produk kepada lebih ramai orang..

No comments:

Post a Comment